Info Semasa | Gossip | Hiburan | Sukan | Jawatan Kosong Terkini Disclaimer | Privacy Policy


Friday, 8 November 2013

[ Terkini ] Piala Sumbangsih 2014 Dikira Mata Dalam Liga Super - FAM



PETALING JAYA, 7 Nov  2014 -Persatuan Bola Sepak Malaysia memutuskan perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah akan menjadi penyumbang mata dalam saingan Liga Super mulai musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM Datuk Affandi Hamzah berkata langkah badan induk itu memperkenal sistem berkenaan pada perlawanan pembuka tirai Liga Super yang juga dikenali Piala Sumbangsih, adalah bagi memastikan perlawanan liga itu lebih kompetitif.

"Keputusan perlawanan Piala Sumbangsih membabitkan juara Liga Super dari negara jiran (Singapura), Lion XII dan Pahang selaku juara Piala Malaysia akan dikira sebagai mata pertama kepada kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super.

"Jika perlawanan berakhir seri dalam tempoh 90 minit, setiap pasukan mendapat satu mata sebelum keputusan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dan seterusnya menerusi sepakan penalti," katanya selepas mempengerusi mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, Khamis.

Perlawanan Piala Sumbangsih dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam pada 17 Jan depan.

Affandi berharap langkah itu akan menjadikan Piala Sultan Ahmad Shah, yang diperkenalkan pada 1985, menjadi lebih penting selain merancakkan lagi saingan Liga Malaysia.

Beliau berkata lima lagi perlawanan Liga Super akan berlangsung pada 18 Jan depan termasuk melibatkan pendatang baharu Liga Perdana, Sarawak dan Sime Darby FC.

Sebanyak 25 pasukan mengesahkan penyertaan dalam kedua-dua liga utama tempatan itu yang membabitkan 12 pasukan dalam kancah Liga Super dan 13 pasukan dalam Liga Perdana.

Dalam pada itu, Affandi berkata pasukan Harimau Muda B akan kembali bersaing dalam Liga Perdana pada musim depan manakala skuad Harimau Muda A akan beraksi dalam Liga Singapura.

Beliau juga memberitahu bahawa sesi pendaftaran pemain tempatan akan dilanjutkan sehingga 17 Dis ini bagi memberi ruang kepada setiap pasukan memperkuat skuad masing-masing.

Tarikh pendaftaran pemain import pula dikekalkan sehingga 4 Dis ini sebelum pintu perpindahan kedua pemain dibuka semula selama sebulan dari 23 Mac sehingga 22 April depan.

Affandi berkata FAM akan terus mengguna pakai formula '2+1' iaitu setiap pasukan dibenar menggunakan tiga pemain import dengan seorang dari mereka haruslah dari negara-negara Asia.Sumber

2 ulasan:

Jay Ar said...

Kalau tak silap (jika saya salah, sila betulkan..) dulu pun pernah juga Piala Sumbangsih ini dikira mata, kemudian tak dikira mata pula, sekarang nak dikira mata balik. Seperti dengan kes pemain import jugalah, mula-mula boleh, kemudian tak boleh, kemudian boleh balik, kemudian tak boleh sekali lagi, lepas itu sekarang boleh semula. Kadang2 FAM suka buat lawak....

Anonymous said...

Inilah FAM, dulu kini dan selagi pesiden yg sama....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...